‘Tugas JDT belum selesai’- says Bidoglio

Johor Bahru: Walaupun berada dalam kedudukan terbaik untuk melangkah ke saingan suku akhir Piala Malaysia, pengendali Johor Darul Ta’zim, Hector Bidoglio enggan terlalu selesa, sebaliknya ada tugasan yang harus diselesaikan pada aksi kedua menentang Petaling Jaya City FC (PJ City FC) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok.

Tugas JDT belum selesai-says Bidoglio
  • Save
SAFAWI Rasid is actively training with Feroz Baharuddin in preparation for the match against PJ City FC at the Sultan Ibrahim Stadium, tomorrow night. [PHOTO Courtesy of Johor Southern Tigers]

Kemenangan 4-0 yang diraih JDT menewaskan skuad kendalian P Maniam tanpa menaruh sandaran kepada Bergson Da Silva membuktikan betapa juara Liga Super sembilan kali berturut-turut memiliki `depth squad’ yang mampu menggalas tugas selaku pemain utama malah ia menepis tanggapan barisan pemain simpanan tidak mempunyai kredibiliti jika tersenarai dalam skuad itu.

Apapun, pengendali kelahiran Argentina itu menegaskan baki 90 minit perlawanan di laman sendiri belum beri keselesaan kerana mahu momentum kemenanga diteruskan dan bakal menurunkan kesebelasan terbaik apabila melayani kunjungan PJ City FC, malam esok.

“Momentum kemenangan tidak boleh terhenti walaupun kita menang selesa ke atas pasukan lawan dan mereka juga perlu terus bekerja secara berpasukan bagi melancarkan gerakan yang tersusun dan tidak hilang bola.

“Sama ada saya akan melakukan penggiliran pemain pada aksi kedua nanti, semuanya bergantung kepada perancangan taktikal dan siapa sahaja yang bakal diturunkan faham apa yang mereka perlu lakukan di padang.

“Apa yang perlu ada di kalangan pemain semestinya memiliki mentaliti mahu menang dan apabila berakai pemain harus beri tekanan di garisan tinggi serta bermain secara kompak selain mengamalkan taktikal permainan yang sering kita pratikkan,” katanya.

Bidoglio yang sudah mengecapi kejayaan merangkul kejuaraan Liga Super dan Piala FA, kini mahu melebarkan pencapaian untuk pemburuan piala berprestij tatkala sejak mengendali JDT sepanjang 13 perlawanan pada saingan liga dan Piala Malaysia merekod kemenangan 100 peratus.

Malah, beliau juga pasti mahu menikmati pencapaian Ulisses Morais pada musim 2017 dan Benjamin Mora pada musim 2019 membimbing skuad Harimau Selatan menjuarai Piala Malaysia dan pastinya langkah ke suku akhir tampak cerah tatkala meraih kemenangan selesa ke atas PJ City FC.

[Source: Posted by Rizar Mohd Noor at Hmetro]

Copy link
Powered by Social Snap